Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 15, 2010

Kuih koci labu inti kacang merah

kuih koci labu versi orang malas.... tak de dadih cuma celup dalam minyak masak jer....doh tu pun main agak2 je....lembut sebab bubuh tepung pulut sikit je.... masa nak mengisi inti tu sapu minyak pada tapak tangan untuk elakkan melekat...bungkus dan kukus.... siap dah.

betapa keras tangan kak rose ... nak bungkus tu pun puas mengejas baru jadi cenggini....apa pun janji sedap kan biarpun rupanya sangatlah buruk!!!!


sebenarnya dah lama kak rose nak belajar buat inti kacang merah ni.... puas godek sana sini cari resepinyer.... pas tu simpan jer sampailah ari ni baru terbuat inti ni.... tu pun sebab terlupa nak beli kelapa untuk nak buat kuih koci labu.... jadi cuba buat koci labu dengan inti kacang merah ni.....resepinyer kak rose amik kat sini dan terima kasih ya kak rose nak tepek resepinya kat dapur kak rose....

Bahan-bahan:
  • 450g (1Ib) kacang merah
  • 3-4 helai daun pandan
  • 10 cawan air
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 600g gula ( 1 1/2Ib) gula
  • 1 camca teh esen vanila
Cara-cara:

Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air
.
  1. Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk.
  2. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas. (kak rose cuma guna masher je tu yang x lumat sangat)
  3. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.
  4. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.

2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

kak rose, kita suka kuih koci, tapi tak pnah try lagi yg inti kcg merah ni.. msti yummy gak!

Kak Rose said...

sari, cubalah pada kak rose sedap bila ada rasa biji2 kacang tu, x blend