Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 26, 2022

Masak lemak putih pucuk ubi

 

sayur ni kak rose masak masa balik kampung tempoh hari... pucuk ubi fresh dari kebun memang segar dan lembut sangat bila dimasak lemak macam ni... sedap sangat, dapat pulak gandingan ikan masin pebret kak rose dan nasi hangat2...  memang menambah lah jawapnya... kalau kat kl ni memang susah lah nak dapat pucuk ubi yang muda semuanya...banyak daun yang dah tua dan keras, macam nak bagi makan kambing jer layaknya kan. oopppssss! jom lah masak...

Bahan-Bahan:

1 ikat pucuk ubi
3 cawan santan - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam udang kering
1 batang serai - di titik


Cara-cara:

Ambil semua pucuk ubi dan di rebus sampai empuk/layu kemudian ditos dan ketepikan dulu , buang semua air rebusan tadi .
Bawang merah, bawang putih dan udang kering ditumbuk lumat . Masukkan santan , semua bawang , serai  ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua pucuk ubi  dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai semua sayur sebati dengan kuah dan masak .
ikan masin sepat gandingan masak lemak putih pucuk ubi kak rose tu... tapi Ya Allah, sungguh lah harga kayangan ikan masin ni - rm55/kg. bertabah lah kan... ikan basah dan masin pun dah harga kayangan semuanya! nak makan kena lah jugak beli kan...
 

3 comments:

cikmanggis said...

assalamualaikum,lama tak jalan jalan ke dapur kawan kawan-Resipi kegemaran saya ni.

Kak Rose said...

Waalaikumsalam..dapur ni pun dah macam iklan chipsmore. kejap ada, lamaaaaa x de update.. hihi

Anonymous said...

jordan shoes
kd 12 shoes
jordan shoes
yeezy boost 350 v2
off white nike
hermes
supreme
off white clothing
golden goose outlet
kyrie 6