Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 6, 2022

Bubur Krong Krang

 Asalamualaikum dan selamat bertemu kembali... ah!!! gitu mukadimahnya, maklumlah dah bersawang sangat dapo kak rose ni... fuh fuhhh... nak tiup jer sawang tu pun dah tak mo g dah segala habuk yang bertepek. kena lah cari vacuum baru ada bersih sikit... dan harap vitamin r tu akan datang baliklah..

bubur ni kak rose buat kat kampung minggu lepas... menunaikan anak kawan yang mengidam nak makan bubur ni. walaupun tak rajin tapi jadi jugak lah bubur kaler kaler sedap nih. kenyal2 gituh! resepinya kak rose copy dari fb, terima kasih pada yang kongsikan ya..

Bubur Krong krang
Bahan:
๐Ÿ‘‰1 cawan tepung ubi kayu
๐Ÿ‘‰1/2 cawan air panas mendidih
kuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.
Cara:
➡️Masukkan tepung dalam mangkuk menguli.
➡️Masukkan air panas mendidih, kacau sebati. ➡️Adunan akan melekat2. Tambahkan air atau tepung ubi hingga mendapat adunan yang kenyal.
➡️Potong kecil adunan untuk ditekan menggunakan acuan kuih siput.
➡️Bila habis diterap, rebus dalam air panas.
➡️Toskan bila sudah terapung dan masuk dalam air sejuk.
➡️Sedia untuk digunakan.
Bahan Kuah: (Untuk 2 adunan Krong Krang)
๐Ÿ‘‰5 cawan santan
๐Ÿ‘‰3/4 cawan gula
๐Ÿ‘‰1 sudu kecil garam
๐Ÿ‘‰1 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (optional)
๐Ÿ‘‰1 cawan isi kelapa muda (optional) Kak rose tak de isi kelapa tu, cuma tambahkan potongan nangka

Cara:
➡️Masukkan santan bersama gula dan garam.
➡️Kacau hingga sekali mendidih sahaja. Sehingga gula telah larut.
➡️Masukkan isi kelapa.(kak rose masukkan potongan nangka tu)
➡️Masukkan Krong Krang.
➡️Tabur bijan. Siap..
makan sejuk sejuk memang ngam sangat nih...