Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 13, 2016

Kuih badak berendam

camner dapat nama kuih ni pun tak tau lah asal usulnya.... adakah sebab rupa bentuknya yang besar dan bulat, berendam dalam kuah santan pekat tu? keratif sungguh orang dulu2 nak bagi nama pada kuih2 tradisional ni kan... tapi kalau bayangkan badak yang tengah berendam dalam selut lumpur, maunya tak lalu lah pulak nak telan kuih ni nanti.... hihi... apa pun bila sesekali buat kuih2 lama ni memang terasa keenakkannya... walaupun besar2 macam badak, satu mangkuk cam ni pun masih nak bertambah lagi!

 resepi kuih ni kak rose amik dari blog Azie, mekasih ya... selalu sangat amik resepi2 dari blog Azie.

Badak Berendam Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka
 
Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.
 
Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
 
Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan.
 Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah.  

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

oooo.. baru sy tahu rupanya saiz kuihnya besar.. patut panggil badak.. hahaha.
errrr.. kenapa selalu sy nampak kecik jer doh tu???

Gee® said...

Sedap tu... nak ckit!

Kak Rose said...

atau kak rose jer yang buat besar2 macam badak?... maklumlah tukang buat jugak besarrrr!!!

Kak Rose said...

Gee, sesekali buat mmg sedap... laju jer ternak lemak, biar besor macam kuih tu!