Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 26, 2016

Kuih vadai

 Selamat pagi dan salam selasa buat kawan2 semua.... muga semuanya sihat2 saja selepas bercuti panjang kan... dan semepena cuti hari thaipusam, kak rose pun nak jugak feel slightly indian dengan membuat kuih vadai ni... actually kuih ni pun dah menjadi kesukaan not only to indian but to mee as well... rasanya ramai dari kawan2 kat luar sana pun suka dengan kuih ni kan... dan dengan buat sendiri, boleh makan puas2 dan kebersihan terjamin selain halalan toyyiban...

 dengan resepi ni dapat banyak jugak untuk kami berdua, so separuh tu kak rose goreng setengah masak n simpan dalam fridge, so bila2 nak makan cuma defrost n goreng semula... memudahkan kerja kan... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya..

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng


cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulang yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing.

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

masa kecik2 dulu ada uncle india jual kuih vadai ni guna motor. sy selalu kumpul duit adik beradik (duit tabung) dan beli.. hehehhe