Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 20, 2016

Udang goreng kunyit

 lauk yang cuma tinggal gambar jer ni... udang goreng kunyit ni kak rose masak sebelum balik kampung mengejut bila dapat berita emak sakit. nak makan pun rasa macam tak sempat dah... terus pack segala kain baju, nasi dan lauk yang dah siap masak ni.... dan cuma dapat menikmatinya setelah travel sejauh almost 600km di hentian yong peng... jauh lauk udang goreng kunyit ni berjalan kan... masa berhenti kat rnr dengkil untuk maghrib pun masih tak terasa nak makan... cuma ingat dalam kepala nak cepat sampai jer... begitulah kalau dah duduk berjauhan dengan emak ayah kan....

resepi simple udang goreng kunyit..

Bahan-Bahan
 Udang secukupnya
1 biji cili merah dan hijau*
1 biji bawang holland
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
 
Cara-Cara
1. Perapkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. goreng sekejap dan toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang dan cili merah hingga layu.
3. Masukkan udang tadi. perasakan garamnya
4. Gaul rata dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.

2 comments:

Warisan Petani said...

Udang ni masak apa pun sedap.
Lagi2 yang dh siap buang kulit, tinggal ngap aje.

Phong Hong said...

Sure sedap ni. Saya tertarik dengan cili padi yang kecik2 tu.