Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 26, 2016

Siew pak choy dlm sos tiram

 sayur kak rose masak pada hari jumaat lepas... dan rasanya ni lah kali terakhir kak rose masak di penang ni... sejak dari hari sabtu dan ahad kak rose dah stat packing barang untuk proses perpindahan tu... buat sikit2 supaya nanti bila orang2 movers tu datang tak la kelam kabut nak asingkan barang2 kan.. so bila barang2 kelengkapan dapo dah pack, tak de la nak masak2 lagi... asik g tapau jer la jawapnya... nak keluar pun dah malas bila dah penat... sayur terakhir masak di penang kak rose abadikan kat sini, untuk kenangan... hihi..

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
Cara-cara

  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

1 comment:

Norhayati Mohd Isa said...

Bila kak rose nak pindah.
Pindah negeri mana pula tu kak rose..
Brpa lama kak rose duk penang tu ;)