Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 5, 2016

Semut oh semutttt...

 semut zaman technology, kita guna petua lama lama ni memang tak jalan. dia tak tahu ke harga gula dah nak naik walau kerajaan masih menafikan... cam ner nak percaya dengan penafian tu kan sebab dah banyak kali terkena.. bila dia say no maknanya yes... macam kes minyak masak baru ni kan... yang semut ni pun, banyak2 menda dalam kabinet tu, kenapa gula jugak yang ko nak hurung... bila ternampak semut dalam packet gula tu terus lah tanya cik google, cari petua nak hilangkan semut tu...

 jumpa satu blog tu kata guna kayu manis, daun pandan jugak bunga cengkih...so dengan gigihnya kak rose mencuba. 1st guna kulit kayu manis ni, katanya dalam masa satu jam semut akan pergi... tapi dalam kes kak rose ni dah berjam, makin berkerumun lak.... adoiiii la. tak makan saman sungguh semut ni!
bila dah tak berjaya, gigih memalam potong daun pandan dan letak dalam besen tu pulak... bangun pagi esok paginya, dia masih jugak kat situ...agaknya semut ni lagi suka dengan bau harum pandan tu kot! kak rose yang tertipu atau semut ni dah bijak sangat? menduga sungguh kan!

petua yang ketiga pulak kita cuba... guna bunga cengkih, katanya jangan letak banyak2... cukup 3 ketui jer. so ikut jer la... tapi semut ni memang tak tahu yang kak rose tak nak membazir buangkan gula tu... last sekali, ketuk2 tepi besen tu hingga semut keluar dan buangkan... satu kerja pulak nak berperang dengan semut... dan sekarang tak kan ada chance lagi sbb kak rose dah buh gula semua dalam tupperware!

2 comments:

Phong Hong said...

hah..hah..semut2 tu dan immune kepada bahan2 tu kot :D

PAk JUSTAN DI BATANG said...
This comment has been removed by a blog administrator.