Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 2, 2016

Puding roti karamel lapis cokelat

  Asalamualaikum dan salam Jumaat pertama dibulan december.... rutin pagi2 dihari jumaat lain sket dari weekdays yang biasa. kalau isnin hingga kamis kak rose berjalan lenggang mak limah mengukur jalan mengira steps, hari jumaat kita rehat la pulak... isikan pagi jumaat yang barokah dengan bacaan surah Al-Khafi, meneruskan tradisi semasa duduk kat shah alam... tapi kalau dulu ramai2 bersama teman2 muslimat, kini kak rose baca sorang2 jer... tapi soon kak rose akan dapat join mereka semula, rasa happy sangat... terasa lama pulak nak tunggu end of dec ni!

 dan puding karamel ni kak rose buat beberapa hari lepas, bila terpandang resepi dan gambar yang lalu kat wall fb tu rasa terus lah nak mencuba dan ini lah hasilnya.... tapi kak rose tak pandai nak agak loyang yang diguna... sudahnya nipis jer karamel kak rose ni... terima kasih pada yang sudi kongsikan resepinya ya..



Bahan-Bahan
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)




cara-cara

1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan.
2. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan. masukkkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan

3 comments:

Mazni Azmi said...

Sedapnya puding roti karamel ni. Bahannya pun mudah sangat. 😍 Pakai roti gardenia tu.

Kalau nak kenyang boleh pakai roti gardenia yang berserat kan.

Roti putih ni kenyang kejap je

⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

Phong Hong said...

Sedapnya.. Nipis pun cantik :)

Rosita Vargas said...

Este puding se ve maravilloso,goloso y bien hecho me encanta,abrazos.