Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 19, 2016

Balik ke sarang...

 Alhamdulillah, setelah dua minggu kat sepital, mak pun dah beransur pulih dan dibenarkan balik dan kak rose temankan mak jugak dikampung selama 2 hari lagi... pas tu kenalah balik semula kesarang kak rose di penang. walaupun in the midst of kemas barang2 sebab transfer, tapi bila dengar mak sakit terus lah tinggal semua dan balik kampung. actually tak sampai kampung pun, terus jer ke hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang sbb masa tu adik dah bawak mak ke situ dan terus admit... kak rose pun terus berkampung di sepital lah jawapnya.

dan pagi semalam.... awal pagi kak rose dah keluar rumah ke epot walaupun flight at 8.20, by 7am kak rose dah sampai, takut pulak jadi macam yang ni, meraung tetinggal ketapi!  walaupun dah buat online check in, tapi luggage pun nak kena check in jugak... tak ku tahu kalau nak kena print luggage tag tu kat mesin selepas scan...bila dah berbaris dan sampai kaunter nak checkin luggage tu dia reject sbb tak amik tag.... adoiiiilaaaa...  kena la kuor lagi sekali dan pas tu baru lah boleh self check in luggage tu... semua nya nak simplified sekarang, thanks to the machine, tapi orang kampung cam kak rose ni kesian kan? huhuhu...

ready for boarding... Senai International Airport, hujan renyai2 awal pagi ni tapi sepanjang perjalanan cuaca elok jer.... dan bila sampai penang cuaca sangatlah panas hingga pokok pudina kesayangan pun hampir pupus..kurang kasih sayang! walaupun terasa hari dan fikiran masih bersama emak, tapi kena jugak uruskan perpindahan kami ini....

Alhamdulillah selamat sampai kerumah dan terima kasih pada en asben yang kak rose tinggalkan dan izinkan untuk bersama emak yang sangat memerlukan buat masa2 macam ni... soon akan ucap selamat tinggal pada rumah yang kami duduki selama dua tahun di penang. it's time for kemas2 sebelum orang2 movers akan masuk packing dan ready for pindah. Mohon padaMu ya Allah, semuga dipermudahkan urusan perpindahan kami ini. Aamiin.

3 comments:

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Rose sekeluarga.

Phong Hong said...

Happy moving! Pening jugak pindah randah ni. Semoga segala2nya dipermudahkan.

Ann Ishak said...

semoga dipermudahkan segala urusan perpindahan akak nanti, amin