Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 9, 2015

Solok ikan kembung

 Ternampak solok ikan kat blog Ita sejak minggu lepas lagi... punya lah teruja nak mencuba, sekali beli ikan terus lah siang... tapi sayang semuanya dah terbelah perut... ya lah dah biasa siang ikan cam tu kan... so projek pun terbantut lah... dan pagi ni g pasar sekali lagi semata2 nak beli ikan kembung... sekilo 15 hengget, adalah lapan ekor.... dan empat ekor kak rose buat solok ikan ni.... meratah pun ok gak, sedap isi inti kelapa tu dengan ikan yang digoreng garing.

mekasih ita yang kongsikan resepinya, dan kak rose panjang2kan kat sini ya...

Bahan2

4 ekor ikan kembung ~ bersihkan, belah belakang
200 gm kelapa parut ~ yg putih sahaja
6 ulas bawang merah ~ kisar / tumbuk
4 ulas bawang putih ~ kisar / tumbuk
5 tangkai cili api ~ kisar / tumbuk
2 inc halia ~ kisar / tumbuk
sedikit daun kesum ~ hiris halus
1 biji telur
garam secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara

Ikan cuci bersih dan belah belakang, gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit
Satukan bahan tumbuk bersama kelapa parut dan telur, gaul rata
Kemudian masukkan daun kesum dan garam secukup rasa, gaul rata
Sumbatkan adunan ini ke dalam ikan yang telah di belah belakang tadi hingga penuh
Buat sampai habis semua ikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng ikan dengan api perlahan hingga masak
Angkat dan hidangkan


tapi kak rose punya ikan ni sampai membuak2 isinya... kembung yang teramat! so kalau nak tengok kejadian yang sangat ohsem sila lah g kat blog ita tu ya... tapi kak rose sangat puas hati, sedap. walaupun rupamu sangat lah hazabnya... apa lah ada pada rupa kan..... nak sedapkan hati sendiri la tu!

3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap tengok kak rose..
Saya nak buat guna ikan cencaru lah kak rose

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy kalau dapat ni.. lauk lain tak pandang dah.. makan kering2 sedap.. hihi

Rizziela said...

sedap cicah dengan cili kicap