Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 14, 2015

Ayam masak sos tiram+cendawan

 Selamat pagi dan salam sabtu... selamat berhujung minggu ya kawan2 dan semuga ceria selalu... pagi ni kak rose nak kongsikan lauk two in one yang kak rose masak untuk lunch semalam... ayam masak sos tiram dengan cendawan....senangkan, dah ade lauk dan juga sayur dalam tu... tak payah nak gaduh2 fikir nak sayur bagai dah...pas tu buat ikan kembung goreng, makan dengan nasi hangat2 memang best sangat... apa lagi kalau seminggu sekali jer jumpa nasi, makan bagai tak hengat lah!

resepinya..... mekasih Sajian Dapur Bonda, tuan punya resepi.

400 gm isi ayam
200 gm cendawan tiram
sedikit carrot
sos tiram secukupnya
3 biji bawang merah kecil - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
4-5 biji cili api (kak rose buh 2 biji pun dah podeh)
1 biji tomato, potong wedges (kak rose x de, gantikan dengan holland peas)
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
daun bawang untuk hiasan

Cara-cara

Bersihkan ayam, ambil isi dan potong kecil, gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak. ketepikan
Gunakan sedikit minyak gorengan untuk menumis. tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api hingga layu. masukkan sos tiram yang dibancuh dengan sedikit air. perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam... masak hingga kuah mendidih.
Setelah mendidih, masukkan ayam goreng tadi, kacau biar ayam masak, masukkan cendawan dan holland peas.. balik2kan sekejap dan boleh lah matikan api.
taburkan dengan daun bawang semasa menghidang.


2 comments:

Athirah Zain said...

thanks for sharing,,hehe,, nak buat japgi ^_^

Kak Rose said...

Sama2... selamat memasak...