Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 5, 2015

Kuih beko

 satu nama kuih yang tak pernah dengar, apa lagi tau adanya kuih ni...kuih tradisi kelantan, katanya.  tapi dengan adanya kemudahan dihujung jari, asalnya mencari kuih yang berasaskan tepung pulut makan terjumpa lah dengan resepi kuih ni.... bahan yang mudah dan buatnya juga mudah... seakan kuih bingka kelapa... bila dah makan baru teringat kuih bingka yg kak rose buat dulu tu..... resepi pun lebih kurang sama... tapi nama yang berbeza, tu yg tak pernah dengar nama kuih ni!

 resepinya kak rose copy dari sini, mintak izin nak kongsikan kat sini pulak ya..

Bahan-bahan
  • 3 cawan kelapa parut muda
  • 2 cawan tepung pulut
  • setengah cawan gula pasir(kalau suka manis boleh lebihkan)
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu KFC garam
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut
  2. Gaul ke semua bahan.
  3. Sudukan ke dalam acuan cara @ bahulu cermai @ acuan muffin
  4. Bakar di atas api dapur gas(api kecil). Kemudian agak kekuningan, bakar dalam oven agar permukaan atasnya garing.
    5. Boleh juga dibakar dalam acuan tembaga dengan api sabut kelapa.

kak rose bakar dalam silicon mould, jadi tebal kejadian kuih ni... ade yang bakar dalam acuan kuih cara dan acuan muffin jugak.... jadi bentuk asli kuih ni pun kak rose tak tau... nak kena tanya cik google lagi nampak gayanya. apa pun kuih ni sedap lah pada kak rose, lemak manis n masin gitu... sesuai untuk menternak lemak!

3 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Ni la kali pertama Sham dapat tau tentang kewujudan kuih ni.
- T.kasih K.Rose.. balik nanti boleh la try cari.

Kak Rose said...

Sama la kita Sham...hihihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Saya baru tahu kuih ni kak rose..
tengok mcm sedap jer tu :)