Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 26, 2015

Kuih buah peria

 Kuih buah peria yang montok montok.... kalau dah keras tangan, memang macam ni la jadinya kuih peria ni... puas dah meng adjust nak jadikan lonjong2, tetapi tetap jugak dia jadi gumuk gumuks macam tuan yang buatnya! nak sedapkan diri sendiri----> apa lah ade pada rupa, yang penting dapat makan dan sedap.... kena praktis lagi, kalau rajin nanti bolah la buat lagi kan...

 resepinya akk rose kopi dari blog Azie Kitchen, terima kasih ya. mohon izin kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya.. kak rose guna inti kelapa, lebihan dari kuih tepong gomak hari tu...

Kuih Buah Peria 

Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut - saya guna 150 gram
200 ml santan pekat - guna 150 ml
25 gm minyak masak - sapu pada kuih dan daun pisang
Sedikit air
Pewarna merah dan hijau

Cara cara:
Uli tepung pulut dan santan hingga lembut. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Kacau pewarna dengan sedikit air dan satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan hijau.
Ambil 15 gm doh dan bentukkan doh lonjong sedikit seperti buah peria. masukkan inti dan tutup kemas. sapu sedikit minyak pada doh.

Letak di atas plastik dan digulung seperti menggulung gula gula. Kemaskan kiri dan kanan lalu ditarik kuat kuat di hujung kedua dua plastik supaya terbentuk garis garis pada doh menyerupai buah peria. Atau boleh juga ditekan tekan dengan lidi untuk mendapat corak buah peria. Buka gulungan dan letak atas daun pisang yang telah dilumur sedikit minyak. Susun dalam periuk pengukus.

Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Kukus buah peria selama 8 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz kuih anda. Jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus tapi jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang dan hilang corak buah peria dan jadi tak cantik.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Gumuks tapi kak rose..
Janji sedap kan..
Kalau makan satu dah kenyang tu sebab gumuks :P