Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 27, 2015

Bubur jagung bersagu

 projek bubur petang semalam.... actually lama dah beli jagung ni, masa belum g KL lagi tu.... bila dah lama dalam fridge tu terus lah lupa. nasib baik masih elok segar sebab berbungkus dengan plastik... dan jadilah juadah minum petang kami petang semalam... tapi kak rose prefer dengan gula putih saja, so pucat je la bubur kak rose ni.. resepi asal guna kedua2 gula, merah dan putih.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
  • (kak rose guna gula putih semuanya)

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Anak saya suka sagu kak rose..
Elok cuba resepi ni..
Sagu byk dari jagung :)