Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 21, 2015

Kuih tepung gomak

tertengok blog kawan2 yang dok buat entry pasal koleksi resepi kuih2 tradisional, tersangkut jugak la nak mencubanya.... kalau boleh semua resepi tu nak dicubanya, tapi nanti lah satu2 dulu... depend jugak dengan bahan apa yang ada kat dapo... itu yang sudah pasti la kan... dan kebetulan tepung kacang hijau ni ada lagi stok... so jadilah kuih tepong gomak ni...(actually beli tepung kacang hijau ni nak buat bingka tepung beras, so dengan berkobar2 terus mencuba... bila dah bancuh dah jerang atas dapo dia jadi dan rasa macam kuih koleh kacang daaaa!!!! bila baca lain2 resepi rupanya tepung kacang yang ade dalam resepi tu ialah tepong hoen kwee tu... adoi laaaaa... so bingka tu cik ts la yang dapat... dan ni lah baki tepung kacang hijau tu, buat bedak tepong gomak!)... so lesson learnt.

 kak rose kongsikan resepi tepong gomak ni ya...

Bahan Inti:
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit:
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau 

- digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.) (kak rose guna yg ready made)


Cara Membuatnya:
 
1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. 

Ketepikan & biar ia sejuk.

2. Panaskan periuk yang mengandungi air.

3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye... Uli tepung yang tepung diletakkan 

sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan 
tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya 

dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. 

Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran )

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ada yg ready made ye kak rose..
Untuk salut tepung gomak tu..
Senang kerja..
Saya suka tepung gomak :)