Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 12, 2015

Lomak cili api tolo itik

 masak lomak style nisemilan... lomak ciliapi tolo itik yang sodap... tapi kak rose tak kuat podeh jadi pepandai nak ejas kepodehan nya ya... jumpa tolo itik yang baru kat pasar yang jarang2 sekali kak rose pergi... sllu bli lauk kat tesco jer... dan sesekali baru singgah pasar kalau nak beli kelapa n sayur2 kampung... rasanya dah dekat setahun kat penang ni baru lima kali jer singgah pasar kat sini... tapi kalau sekali pergi tu mmg penuhkan stok la kan..

 resepi gulai lomak ciliapi tolo itik ni kak rose kongsikan kat sini ya....

BAHAN-BAHAN :



5 biji telur itik - boleh tambah

5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah

1 helai daun kunyit

1 batang serai - saiz besar

Garam secukup rasa



BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.

1 inci kunyit hidup

sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :



1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .



2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur. 
yang ada dalam fridge cuma timun, so kak rose dammm je dalam gulai tu... makan pulak dengan ikan selayang goreng garing gantikan ikan masin yg tak de stok... bertambah2 nasik!

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kakrose lotak timun lagi sodap.. manih jo raso masak lomak tolo itik tu..
Rindu lak den nak balik rumah FIL kek Gomencheh tu kakrose..
FIL suko masak lomak tolo itik ni ha..

Kak Rose said...

kalau dah orang nogori... mesti suko gulai podeh cam ni kan...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pernah masak ni sekali.. sodapppppp!

Kak Rose said...

mmg sodapppp... masak berkali2 dah, pun tak jemu!