Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 16, 2015

Puding cocoa puff

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... semuga semuanya ceria memulakan minggu yang baru dan tak de yang mengalamai monday blues, Insya Allah.  pagi ni kak rose nak kongsikan puding yang kak rose buat pada hari jumaat lepas... punya la nak merasa puding ni bila ternampak di blog Azlita Masam Manis tu... puas mencari sekut ni... at last jumpa kat 7e... nasib baik ngam2 ade 2 packs ni.. tapi masa dapat beli ni kak rose pula menginap dihotel masa cuti deepavali tu...so hari2 dok belek resepi tu...


 balik rumah terus lah teruja sangat nak memulakan projek tu... mekasih Ita yang komngsikan resepi dan cara2 nak buatnya ya.. tapi kak rose punya ni punyala cepat membeku adunan puding tu, mungkin terlebih godek atas api jadi sedikit pekat... kna lah cepat2 melapisnya, dah la keras tangan, bila nak kena buat cepat2 mmg segalanya fail. mungkin kena cuba lagi next time, kalau rajin ler... kak rose mohon nak tepek kat sini lak ya...

Puding Cocoa Puff
Resepi Oleh : Sya Qiela
Rujukkan : Mufidah

8 gm agar-agar serbuk
2 bungkus biskut Cocoa Puff atau secukupnya
4 cawan air
1 cawan gula
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan tepung kastard
40 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam


Satukan telur, susu segar, santan pekat dan tepung kastard, pukul dengan wisk hingga bergaul rata. Kalau nak blend pun boleh juga. Ketepikam.
Dalam periuk, masak agar-agar bersama gula dan air hingga gula larut.
Masukkan butter dan kacau hingga butter larut
Kemudian masukkan bahan yang kita kisar tadi ( telur, tepung kastard, susu dan santan ) masak atas api yang sederhana sambil di kacau rata hingga adunan pekat. Tambahkan esen vanilla dan secubit garam. Kacau rata. Bila dah masak , tutup api dan angkat

Sedikan loyang 8 x 8 inc, bilas dengan air
Aduan puding tadi bahagi 2 bahagian
1 bahagian ~ letakkan pes pandan dan pewarna hijau
1 bahagian ~ biarkan kuning
* setiap bahagian yang dah kita bahagikan tadi bahagikan pula kepada 3 bahagian setiap satu

 biskut yang puas mencarinya.... cocoa puff

Tuangkan 1 lapisan warna kuning dahulu dalam loyang, ratakan
Kemudian susukan biskut cocoa puff di atasnya
Biarkan puding mengeras sebentar. Untuk cepat masukkan dalam peti ais
Kemudian tuang pula warna hijau dan susun biskut di atasnya
Ulang langkah yang sama hingga habis
Sejukkan dalam peti ais
Bila dah keras bolehlah di potong dan di hidangkan

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tengok pun nampak sedap kakrose..
Tak tau lah bila angin rajin nak dtg ni..