Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 30, 2015

Bunga kubis goreng a la mamak

 kesiankan bunga kubis yang dah lama beli tapi tak termasakkan... maklumlah vitamin m tu sangat banyak ada dalam itu diri... lagi pun tukang makan tak de kat rumah... so memang ngam sangat dengan kemalasan yang ada tu kan... sayang jugak kalau terbiar rosak kan... dan hari jumaat lepas, jadilah sayur untuk lunch kami berdua... resepi ni kak rose kopi dari blog kak wan, tapi telah di derhaka kan dengan jayanya sbb masak pun dengan apa yang ada dalam fridge jer... jadilah seadanya asalkan boleh kenyang perut kan...

kak rose kongsikan kat sini resepi asalnya ya.... mekasih kak wan.

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bunga kobis putih
1/2 biji broccoli (kak rose x de)
1/2 batang carrot (x de jugak)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit - bancuh dengan sedikit air
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
fillet ayam dan kacang holland - yg ni kak rose tambah

Cara-cara :
1.   Hiris nipis bawang merah, bawang putih, cili dan carrot. Potong kecil bunga kobis dan broccoli.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi dan jintan halus hingga naik bau.
3.  Masukkan sayur-sayuran dan masak hingga hampir lembut.  Kemudian masukkan bancuhan serbuk kunyit, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4.  Masak sebentar hingga agak kering.

No comments: