Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 6, 2015

Karipap inti serunding daging

 Sejak jumpa resepi yang tak payah nak uli untuk kulit karipap ni, ade lah jugak nak merajinkan diri buat kuih ni... sejak buat operation tangan sebab cts tu memang tangan tak berapa kuat nak menguli doh... siap beli mesin mencanai tu tu masih jugak tak rajin nak buat... tapi resepi yang ni memang best dan dah buat berulang2.... mekasih Maz yang kongsikan resepinya.

 karipap kak rose yang berbagai saiz... kecik, beso, lonjong bulat semua ada... hihi..

Bahan-bahan
2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya

Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap. isikan inti secukupnya dan tuutp kemas...

serunding daging yang tak berapa kering yang kak rose buat untuk inti karipap ni... tapi sayang, sakit mata tengok... ni je gambo yang ade.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap jugak makan ptg hari ni..
Saya selalu fail buat doh karipap kak rose..
rasa nak nangis jer..
Dah lah anak2 dan en suami suka karipap