Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 11, 2015

Roti jala yg kekal lembut

 bila lama tak menjala, sesekali teringin jugak nak makan... asik buat yang kaler maler tu, kali ni kak rose yang buat old school style punya, guna acuan lama yang banyak muncung tu... tapi yang tak bestnya, banyak sangat batter yang menjejeh sana sini...maklumlah keras tangan. guna resepi dari Azie Kitchen ni, sangatlah lembut walaupun dah terbiar lama.... kak rose buat untuk minum petang dan menjelang esok pagi yang berbaki tu pun masih lembut... boleh jadi keeper resepi nih. mekasih Azie yang kongsikan resepi roti jala yang kekal lembut ni..

 resepi terbaik dari Azie Kitchen...

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
  kari ayam leftover untuk cicih dengan roti jala.... best!
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.

10 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Teringin juga nak menjala kak rose.
Tapi tak ada masa juga..
Dan juga angin M tu byk sangat hahhaha

Kak Rose said...

Kena kuatkan jiwa dan raga baru boleh menjala ni Yatie... sambil bersauna di dapo, gitu!

Amie said...

Suka makan roti jala, tapi...bab nak menjala tu, sanggup 4-5 keping jew... yang lain terus jadi lempeng he he heee....

tun_telani said...

lebih kurang dgn resepi yg tun selalu guna.. suka mkn roti jala tp tunggu hari cuti baru buat sbb lama batul nk siap mjala 1 adunan tu.. mkn kejap je.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

feberet sy Kak Rose.. mmg kalau masak kari sengaja masak lebih sambil berangan, esok2 perangat bleh buat roti jala.. hihi

Nor Dila said...

setuju dgn kak rose rasa mcm kena sauna bila dah menjala ni,hehe,,,sedap la kuih kak ros ni,,teringin plak nak menjala juga,,,

Kak Rose said...

Amie, lempeng pun sodappp

Kak Rose said...

Tun, bagus jugak mencuba resepi2 yg lain dari yg selalu buat tu... jadi keeper resepi ni.

Kak Rose said...

SK, senang kerja kan dua dalam satu... yg penting dapat makan!

Kak Rose said...

Nor Dila, free sauna, makan dapat muka pun merah tebako!