Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 2, 2015

tauge+tauhu masak lemak

Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua.... dah siap masak atau masih pening nak memikir apa juadah untuk lunch keluarga hari ini? lauk dah ada, sayur pulak nak masak apa eh? meh kak rose kongsikan sayur lemak tauge yang umphhhh ni..  pada anak2 yang suka makan sayur pasti suka dengan masak lemak dan tak pedas. mak nya nak meratah pun boleh jer kan! kak rose la tu.... dua mangkuk pun rasa macam tak cukup meratahnya!


 resepi simple dan sedap dari blog Rempah Ratus, mekasih ya, mohon nak kongsikan kat sini.

MASAK LEMAK TAUGEH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
300 gm taugeh
Secekak daun kucai - dipotong
3 biji tauhu - dipotong
150 gm udang basah - dibersihkan (kak rose guna udang kering jer!)
3 1/2 cawan santan
1 biji bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-cara :
Masukkan santan, bawang cincang dan cili merah kedalam periuk.
Kacau diatas api perlahan.
Masukkan tauhu, udang dan garam secukupnya. Kacau mendidih.
Masukkan taugeh dan daun kucai. Tutup api.
Sedia dihidang.

3 comments:

tun_telani said...

Salam kak rose.. masak lemak tauge ni salah satu lauk feveret tun.. lawan ngan ayam goreng dan sambal belacan.. mmg xpandang kiri kanan ngadap nasi.. hihi

Kak Rose said...

Sama la tu....meratah sayur n ayam goreng sambal. sedap!

Mrs said...

Salam kak Rose, puasa yg terik memang fresh berbuka dengan masak lemak ni. Kita buat kubis panjang-udang hihi