Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 3, 2015

Kuih Getas

 kak rose ni kan, tak boleh nampak tayangan amal dari kawan2 tau.... nampak jer semuanya nak makan, nak makan maka nya kena la buat kan.... kadang2 tu bila bahan tak de mula lah kiv dulu resepi tu, tapi memang teringat2 jer sampai lah dapat makan.... hishhh!!! macam mengidam jer kan. ari tu nampak kuih getas ni dari tayangan amal Gee, punya lah meronta2 rasanya tekak nak makan, tak nyabar2 dah.... nasib baik lah kuih ni tak perlu banyak bahan, tapi tang nak menyira tu masih jugak tak pandai2.... gasak jer la, asalkan dapat ngap dengan nikmatnya... buat besar2 gedabak, cepat jer siapnya.... nampak sangat tak menyabar nya kan!

Gee, kak rose cnp resepinya ya...mekasih.

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 

bab menyira gula ni sampai jari kepanasan sbb nak merasa gula tu dah melekit2 ke belum, sudahnya macam tak berapa menjadi jugak. dulu pernah buat dan menjadi dengan jayanya, happy sangat dah.... tapi bila cuba lagi..... adoi laaaaaa. Gee tolong lah kak rose ni!

8 comments:

Gee® said...

Hehehe... samalah kite... pantang nampak terus terlior... sedap kan kuih getas ni... kalu bab menyira tu, mmg susah sikit...gee pun 2.3 kali buat baru menjadi...

ummisara said...

Salam Kak Ros,

thanks for the resipi. nih kuih kesukaannnnnnnn :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni kuih kegemaran saya.. selalu beli kat kantin office.. hehehehe

nasa mulia said...

Nak timing gula tu yang payah kak rose, terlebih masa atau terkurang...kuihnya jadi melekat sesama sendiri samapai susah nak pisah.

Kak Rose said...

Gee,semulajadi kan..susah nak kontrol... berderet2 kiv dah ni!

Kak Rose said...

ummisara, kak rose panjangkan resepi kawan2, semuga ramai yg dapat menafaatnya.

Kak Rose said...

SK, kak rose tak de sapa nak tolong blikan... so nak makan kenalah merajinkan diri!

Kak Rose said...

betul tu nasa mulia... asik nak test sampai jari pun dah kepanasan!