Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 28, 2015

Ikan talang masin masak asam

 seminggu sekali masak nasik dan ini lah lauk yang paling sedap yang kak rose masak tengah hari semalam... digandingkan dengan ayam paprik dan kerabu mangga. tapi ikan masin ni tetap jadi pilihan, makan dengan nasi panas2.... wallaaaa, tak payah lauk yang lain dah! simple yet sooooo nice. pada yang tak ada idea nak masak untuk lunch hari ni, apa kata cuba buat lauk ni.... pasti laku.

resepi sempoi dari sini sebagai rujukkan.

Bahan-bahan (tak dak sukatan ok, agak-agak saja banyak mana nak masak)
isi ikan talang masin - rendam sebentar dan tos. goreng garing, ketepikan
cili kering - kerat 2-3 bhg, rendam lembut dan tos
bawang besar - hiris bulat
bawang putih - hiris
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga agak lembut masukkan air asam jawa.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang dan gaul sebati. Siap.

4 comments:

Nooriah Abdullah said...

wah kakrose mau dua pinggan nasik ni habis ni

Shamsiah Abdul Rahman said...

Masha'Allah.. tgk gambar saja.. tapi 3-4 kali jugak menelan air liur..

Kak Rose said...

tiga pinggan pun masih boleh lagi ni Noor!!!

Kak Rose said...

Sham, masak cam ni lagi menyelerakan... x de lauk lain pun tak per dah!