Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, March 29, 2015

Cucur kelapa

Asalamualaikum dan selamat pagi dihari minggu.....
buat entry sambil pening2 tunggu giesti!

 pagi2 hari kak rose nak tepek cekodok kelapa yang dibuat untuk minum petang dua hari lepas.... apa saja cekodok memang jadi pebret kak rose, apa lagi dengan penyediaan yang cepat dan mudah dengan apa saja bahan yang ada didapo.... kita yang buat dia kan, so letak jer la apa yang terasa tekak nak makan... dan cucuq kelapa ni kak rose gandingkan dengan sambal kicap jawa ku. ngan sekali!

nak resepi mudah ni, adaptasi dari CMG punya.... mekasih ya mat!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan kelapa parut putih
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 camca teh baking powder
1 1/4 cawan air atau secukupnya
1/2 camca teh garam atau secukup rasa
Sos cili atau sambal tumis sebagai pencicah


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, kelapa parut, baking powder dan garam. Gaul rata dan tuang air sambil diadun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat (adunan yang boleh di'jemput'). Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 3/4 camca besar adunan ke dalam minyak panas, atau anda boleh 'jemput' adunan tadi guna jari. Kemudian goreng hingga kuning keemasan pada keseluruh bahagian, guna api sederhana.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis, untuk minum petang/sarapan pagi. Sedap dimakan panas..

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

kalau letak kelapa muda lagi best ni kakrose kan manis manis manis