Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 9, 2015

Ayam semur ala medan

 Asalamualaikum dan selamat tengahari, dah siap masak ke kawan2 semua? kalau belum boleh la mencuba resepi ayam semur ala medan ni.... resepi orang jawa, tapi kak rose ni tak pernah mencuba masak ayam stail ni.. jawa yang tak pandai masak masakan jawa! so marilah kita mencuba, tak cuba kita tak tahu kan.... apa pun memang sedap... serasa yama masak kicap tapi kak rose tambah kan soon n kentang yang dah digoreng dalam tu sbb bila tengok resepi banyak yang ada kentang dan soon... so apa lagi, kita yang buat dia kan....dan kak rose masak sampai kering sket kuahnya.  resepi asal dari sini.

 
RESEPI AYAM SEMUR ALA MEDAN
1 ekor ayam telah siap dipotong ikut size kegemaran
1 paket serbuk Santan S&P
4 biji lada merah hidup

Bahan Kisar / Tumbuk
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 inci halia (hiris or tumbuk)
1 biji tomato
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah keras

Bahan Tumis
2 ketul bunga lawang
1 batang kayu manis
4-5 biji bunga cengkih
sedikit serbuk lada putih
2 sudu cili kering blend
3 sudu makan kicap pekat
5-6 sudu kicap manis


Cara-Cara

1.  Gaul ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.. Goreng separuh masak (jangan garing sangat) dah siap angkat dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak (guna yang bekas goreng ayam tu je) if banyak boleh kurangkan..
3.  Tumiskan Bahan Tumis tu (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih) bersama dengan Bahan Kisar... Bila dah naik bau masukkan cili kering blend.. kacau rata.. kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit serbuk lada putih.. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
4.  Nak letak garam sikit pon boleh, tak nak pun tak pe.. sebab ni dah cukup masin kot.. kemudian masukkan kesemua ayam tadi.. kacau rata..
5.  Masukkan Santan S&P yang telah dibancuh dengan air.  Tuang rata-rata dan gaul ayam bersama santan tadi sehingga sebati.. Kalau terlalu pekat boleh tambah air panas lagi.. (ikut selera masing-masing kalau suka pekat ok lah, kalau nak berkuah lagi tambah air panas lagi)
6.  Masukkan cili merah yang dibelah-belah.. 
7.  Boleh dihiaskan dengan potongan daun bawang dan bawang goreng.

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

kalau ada semur diladang
boleh kaknoor tumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
teringin nak makan ayam semur ni heee