Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 5, 2015

Nampak lempeng pun nak jugak!!!!!

 bahaya berblog walking ni kan.... mata dan tekak yang jahat tak dapat say no to apa saja yang terpandang.... bila nampak lempeng cicah kari ayam kat blog Zalinah Rempah Ratus, punyalah rasa nak makan... nasib baik lah ada leftover kari ayam, so panaskan kari tu dan sinsing lengan jap kat dapo... siap jer terus ngadap, maklomlah masa tu pun dah hampir tengahari.... lepas berbrisk walk dan bernano nano, perut pun tengah lapo, tiga keping terus kena ngap! bernbaloikah berpoloh2 tadi tu... those fat yang dah burnt, cepat2 nak menempek balik!

resepi dari Zalinag@Rempah Ratus, mekasih ya....

LEMPENG CICAH KARI AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 1/4 cawan air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan kacau. Kisar dan tapiskan.
Panaskan kuali tidak melekat dan sapu sedikit minyak.
Tuang adunan anggaran 2 senduk dan ratakan.
Balikkan dan angkat. Buat sampai habis.
Sedia dihidang bersama kuah kari ayam.

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

hahahha "nak lempeng jugak " ye kak rose ... sodap tu :)

BaTiK_PiNk said...

Kak Rose.....resepi2 macam ni la yang Yani tengah cari...sedapnyeer! Terima kasih ye...

Kak Rose said...

Yati, x de pisang, lempeng pekak pun jadik!

Kak Rose said...

Yani, lempeng bodo2 yang tetap jadi pebret!