Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 17, 2015

Apam gula melaka

 nak buat apam gula melaka yang guna brown sugar jer.... apakah namanya tetap juga apam gula melaka? tu pasal la kaler pun sangat lah bright instead of brown kan. tak kisah lah, asalkan apam ni menjadi dengan kembangnya, hati pun berkembang2 jugak la jadinya... meh check resepinya....

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ kak rose guna brown sugar
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam


Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

3 comments:

Hayani said...

Cantik kembangnya apam itu.. :)

Kak Rose said...

hayani, badan pun tambah kembang makan apam!

Awaza Ns said...

Sedapnya apam..
Follow dah blog ni..follow saya jugak ye.tq
http://awazans.blogspot.com/