Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 4, 2015

Bubur som som pandan

 manisan kak rose buat petang semalam.... cuaca yang sangat panas membahang membuatkan tekak nak makan yang lembut n sejuk n nyaman.... adoyai la.... bila teringat cendol yang minum kat rojak subang tu lagi la terasa nak buatnya....tapi entah bila la rajinnya nak datang....

 paling senang nak disediakan ni lah bubur som som yang memang jadi manisan pebret sepanjang masa... sejukkan dan boleh dinikmatinya dengan rasa tak bersalah sebab manis dan lemaknya tu! yang penting dapat makan yang sejuk nyaman dan laju jer masuk molot.

resepi dari kak fida@myr, mekasih ya, berulang kali buat masih tetap dengan resepi ni.

BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau - opt


SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka

3 comments:

kehidupan sihat said...

sedap ye..menarik ye acuan dia..biasa yang nana makan just potong-potong dari mangkuk ..

salam perkenalan kak & jemput ke blog nana :)

Nooriah Abdullah said...

hijau yg menarik utk mencuba ni kakrose mengancam lah

kak ruby said...

cntik sngt.....