Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 1, 2014

Gulai udang + kacang panjang

 Salam hari ketiga Ramadhan... cepat jer masa berlalu dan hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa, Insya Allah. sebagai tukang masak, pepagi mesti dah fikir nak prepare apa juadah untuk hidangan keluarga petang nanti kan... kalau siapkan awal2, tidak lah kelam kabut nanti.... apa lagi petang nanti ada kuliah dimesjid, jadi bila balik dah lewat takut kalut pulak baru nak pikir nak masak apa kan.... baik la siapkan awal2, balik dari kuliah boleh terus bersilat kat dapo!

 gulai udang dengan kacang panjang ni kak rose masak untuk hidangan petang semalam... masak sikit pun tak habes untuk kami tiga beranak... ya lah makan nasik pun dah lewat, balik dari solat terawih baru jamah nasik... perut dah kenyang dengan air teh o dan home made murtabak juadah berbuka petang semalam. puasa ni perut jadi kecik kot.... sekeping mini murtabak pun dah kenyang...

home made murtabak juadah berbuka petang semalam.... makan gitu jer pun dah sedap, boleh lupakan terus pencicah bawang cuka yang merah tu!

 penambah selera, ikan masin en. asben yang beli.... kak rose lebih suka ikan gelama yang belah2 tu... tapi yg ni sedap gak, apa lagi digandingkan dengan gulai udang tu... tapi yang x bestnya masa goreng tu, seluruh alam rumah ni berbau ikan masin!

ayam goreng untuk sibujang.... ari2 nak ayam goreng la pulak. so stok ayam kenalah banyak.

8 comments:

Nani said...

terasa pula petang nie nak masak udang dgn kacang panjang tu...bekalan kacang panjang pun ada dlm peti ais tu..

Gee® said...

Dah lama tak makan udang... sedap jer nmpk lauk tu...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Meriah iftar kak rose.. terliur tengok gulai udang kacang panjang tu :)

Kak Rose said...

Nani, selamat memasak gulai udang ya...

Kak Rose said...

Gee, bila lapo nampak semua sedap, tp bila dah dapat minum air, nasik pun slow jer!

Kak Rose said...

Yati, mmg meriah, tp yg paling laku ialah ikan masin tu!

Shamsiah Abdul Rahman said...

Nampak ayam goreng tu.. teringat Haazem.
Bujang sorang tu pun kalau dah ada ayam goreng.. yg lain tu "slow" sikit la.

Kak Rose said...

Sham, sama la dengan anak kak rose ni...