Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 5, 2014

Ikan tenggiri masak lomak cili api

 bulan puasa ni asik masak jer kan....mmg tak rajin la nak pergi mengukur jalan kat bazaar ramadhan tu, walaupun kat shah alam ni serata tempat ade param, tapi mmg x de la nak g setakat ini. pengalaman membeli masa dulu banyak mengajar agar rajin masak sendiri.... nampak sedap tapi bila nak makan masa berbuka tu suma lauk dah basi! end up goreng telo jer lauk ari tu.  itu yang buat kena rajin masak masa bulan puasa ni, lagi pun tentu sekali kebersihan terjaga dan boleh adjust ikut tekak kita kan.... so semalam buat gulai ikan, kerabu tauge n daun selom, ikan masin dan untuk anak mesti ade ayam goreng. makan nasi dah dekat pukul 11 malam pun masih boleh bertambah2... pukulan gulai lomak + ikan masin gelama. sedap!

kak rose suka masak gulai lomak style nisemilan yang simple tapi kurangkan pedazzzz terangkat tu! rasa lain lak kalau gulai cam ni ade buh bawang segala.... memasing punya cita rasa la kan. meh kak rose kongsikan resepi gulai ni.... resepi asal dari sini. mekasih kongsi resepi ya.

Bahan2

  • 4 potong ikan Tenggiri
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 inci kunyit
  • 10-15 biji cili padi ( tambah or kurang ikut kepedasan memasing) (kak rose buh 5 biji jer!)
  • Santan secukupnya
  • 7-10 biji belimbing buluh (kak rose guna bendi)
  • Selai daun kunyit ( kalo xde stok kat umah xyah bubuh pun tak pe..)
  • 1 biji tomato - utk hiasan bg cantik...
  • Garam gula dan perasa secukup rasa
  1. Ikan basuh dan tos 
  2. Kunyit dan cili ditumbuh hingga lumat.
  3. Masukkan dalam santan yg telah di letak dalam periuk
  4. Serai tu titik je pastu masukkan dalam santan
  5. Hidupkan api dah start la masak...kena rajin kacau supaya santan tak pecah
  6. Agak2 santan dah panas masukkan ikan, daun kunyit, garam gula dan perasa secukupnya
  7. kacau perlahan sehingga ikan dah masak.
  8. Teruskan kacau santan/kuah untuk seketika w/pun api dah dimatikan.

5 comments:

Bicara Kak Noor said...

as salam kak rose, sodap nya gulai lomak tu, teringin den disini tau, kono cari ikan ni nk buek jugak

Shamsiah Abdul Rahman said...

Wohoo..
Tak menahan tengok kacang bende yg bersimpang siur tu..
Setakat ari ni "ikan tenggiri" belum masuk dapur lagi.
Macam ni punya gaya.. memang cerah harapan untuk dipertimbangkan.

Mummydearie said...

Baru berangan-angan nak buat ikan tenggiri masak lemak cili padi untuk menu berbuka hari ni. Dah baca ni, lagi kuatlah azam nak memasaknya :)

Eyma Xaxao said...

Nak cubaaaa ... walau tak reti masak tp harus cuba ni .. terliur dahh ��

reenadev said...

I dah cuba buat resipi ini, memang sedap. Terima kasih kerana kongsi resipi ini. 👍🏻