Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 11, 2014

Cendawan goreng berempah cajun

 Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 13.  cepatnya masa berlalu, dah hampir separuh perjalanan kita menjalani ibadah puasa ni...semuga kita diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dan malam2 nya dengan sempurna, Insya Allah. malah dalam solat witir malam tadi pun sempat dibacakan Doa Qunut Nazilah untuk umat Islam di Gaza yg sedang dizalimi dengan kejam oleh  rejim zionis.  dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. semuga Allah yang maha Mendengar akan memperkenan kan doa dari kita semua..Amin Ya Rabul Alamin.....

 tinggalkan kisah sedih di Gaza dan kita yang disini perlu go on with life kan.... nak kongsikan menu cendawan yang sedap ni untuk juadah malam tadi... bila ternampak tresepi ni gigihlah g mencari cendawan n capsicum yg mahal@rm2.50/sebiji! kecik jer pun. apalah yang murah sekarang kan....

meh kak rose kongsikan resepinya dari Nor Secubit Garam.... mekasih ya Nor.

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.


Edited: untuk Batik_Pink, ni la rupa rempah cajun tu. harap dapat membantu ya...

11 comments:

Mummydearie said...

Kasihan pada saudara seagama kita di bumi Palestine yang tidak henti-henti dilanda musibah akibat perbuatan laknat rejim Israel ni.

Kak, undang masak pun sedap. Terliur saya tengok resepi ni. Baru hari ni plan nak buat udang 5 Spices hari ni dah teragak-agak mana satu resepi udang yang patut disediakan hari ni!

Wak Gelas said...

sodappnyer makk., uHUuu

Rizziela said...

melelh air liur

suri solehah said...

Duk terpikir cadangan akk ganti ngan sotong tu yg mai jgk resipi tu..hihi

Kak Rose said...

Mummydearie, bila lapo, tengok apa pun sedap, try la yg mana2 dulu. dijamin sedap!

Kak Rose said...

Wak Gelas, sabar. tunggu dulu waktu berbuka boleh la makan!

Kak Rose said...

Rizziela, sabar. simpan dulu air luir tu ya.

Kak Rose said...

Suri, selamat menjamu selera dengan menderhakan resepi, approved by the owner dah!

BaTiK_PiNk said...

Puan Rose, tumpang tanya...cajun tu apa? Rempah apa tu ye? Yani ni tak familiar sangat istilah cajun tu...

Kak Rose said...

BaTik_PiNk, sorry lambat jawap, kak rose dah masukkan gambar cajun dalam entry tu. harap dapat membantu.

BaTiK_PiNk said...

Huhu...alahai, terima kasih Kak Rose...sampai tempek gambar kat dalam entri....tq so much ye!