Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 7, 2014

Mee goreng basah

nama jer mee goreng basah, tapi bila kak rose buat jadi tak berapa nak basah pulak... ni menu berbuka kami anak beranak petang semalam....keletihan baru sampai dari kampung so masak jer yang mudah2 dan cepat disediakan.... goreng pun dah hampir waktu berbuka sbb takut nanti mee ni sejuk n kembang pulak kan...so dapatlah makan masa hangat2 lagi. beria membuatnya tapi makan seciput jer dah kenyang sbb banyak sangat minum air. walaupun dah banyak amik air tapi bibir masih kering dan pecah2... luar dan dalam lak tu. kawan2 ade petua tak camner nak elakkan selain dari minum banyak air ni... boleh la kongsikan dengan kak rose ni ya.

resepi mee goreng basah ni kak rose ccnp dari tulip77, mekasih ya walaupun kejadiannya tak berapa nak basah...

Bahan-bahan

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong (kak rose x letak tapi lebihkan udang)
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** (kak rose tak buat pun...)
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodapnyaaa.. kak rose..
Nasib baik tengah ABC.. tak lah terliur sgt..

Mummydearie said...

Salam singgah,

Walaupun biasa buat untuk anak kesayangan, tengok gambar je di bulan puasa ni terliur juga :)

ninie said...

memang nampak tak berapa basah, tapi.... ya hampun!!! nampak sedap sgt ok! terliur!

azieazah said...

Saya suka.
Hari Sabtu lepas saya pun buat Mee Goreng Basah, sebab balik keja sampai rumah dah kul 6 petang. Campak jer apa yang sempat.