Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 24, 2013

Roti jala lagi....

 petang semalam merajinkan diri bersauna didapur menjala...nak makan punya pasal sanggup berdiri dan berpoloh2 kat dapur yang sangat panas berbahang tu.... nak pasang kipas kang api lak asik x duk diam bawah kuali, ke nak kena request pasang satu ekon kat dapo supaya tukang masak ni tak la asik kepanasan bersauna bila memasak...melampau la pulak kan... kang x terbayar bill api sapa yang susah pulak...ok la bersauna untuk membakar lemak2 dan pas tu pulun roti jala n kuah durain ni banyak2.... fare n square jadinya dan dapat balik la lemak2 yang dah terbuang tu kan....

 resepi roti jala ni masih guna resepi dari cikmanggis yang banyak kali dah kak rose buat, mekasih ya....dan terima kasih juga pada sifu masak2 yang ajarkan buat roti jala kaler maler ni. anda memang keratif!

Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning. (kak rose tambah kaler biru)
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati  kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila  masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.
 
Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing. (kak rose guna gula putih je)
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan.

11 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah roti jala kak rose dah macam tikar mengkuang warnanya.. cantik tu.. kreatiflah kak rose ni :D

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum K.Rose,
Haaa.. yg ini mmg Sham kena cuba.
Especially bab nak menganyam roti jala tu.
Cantik..

fazianbatrisyia said...

nampak ni pulak...semua nak makan. emmmm...sedapnya

Cik Puan Izan❤ said...

kemain cantik lagi roti jala kak rose..mcm tikar mengkuang pun ada...

Bbwana adienia said...

cantiknya rupa roti jala tu kak..yang penting sedap makan dengan durian..

Kak Rose said...

yati, tikar mengkuang, kalo kuali beso boleh buat untuk duduk punya kan..

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Sham...sambil mengayam sambil bersauna gitu!

Kak Rose said...

fazian, abes roti jala, boleh hirup kuah durian pulak...sedap!

Kak Rose said...

Cik Puan Izan, hasil tunjuk ajar sifu masak2 alam maya.

Kak Rose said...

Bbwana, sedap lemak manis dengan kuah durian sambil menternak lemak gitu!

MAT NOR said...

wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap