Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 20, 2013

Cucur nasi lemak manis

 salam Jumaat penghulu segala hari dan pagi hari ni nak tepek cucur nasi yang kak rose buat petang semalam. ada baki nasi x baik dibiarkan begitu saja kan, so baik lah buat sesuatu yang boleh disajikan buat keluarga...godek2 resepi daru rumah Yatie, mmg sedap bak kata tuan punya resepi tu.... nak tau camner rasanya kenalah cuba buat sendiri. meh tengok resepinya, mekasih Yatie bagi idea cam ni...kalau dah hantu cekodok, apa pun isinya ttp jadi pebret!

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi sejuk*
  • 2 cwn air*
  • 1/2 cwn gula*
  • secubit garam *
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je*(*di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend bahan2 bertanda *.sehingga halus.
  2. Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Tuankan bahan2 yg dikisar tadi.
  3. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak.
  5. Angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan.
  6. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

19 comments:

kaklong said...

xpernah dengar dan x pernah rasa... pestime ni... kire nasik tu pengganti tepung la yer? ...

idea yg hebat ni....tahniah :)

thnks sharing..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama tak buat cucur nasi.. esok sabtu nak buat la... tengok cucur nasi kak rose menggoda :)

Unknown said...

menarik... xpnh dgr lagi pasal cucr nasi nie.. this is 1st time for 23 years nie..

ummiaisyah said...

cantik gebu cekodok dia....bukan senang nk bulat2 cam tu

Unknown said...

Ermm comey2 je cucur Kak Rose nie nampak sedap !! :)

Unknown said...

oh zila lum try yg manis..bilis dulu ada buat kak..

suri solehah said...

sedap nampak kak rose,,tak yah guna baking powder ye kak..nanti suri nk cuba lah...

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Rose,
Sham selalu makan cucur nasi lemak manis ni tapi dr air tgn kawan2 la.
Belum sampai ke tahap buat sendiri lagi.
Memang sedap memang lemak.
Dalam tak sedar dah separuh pinggan tangan mencapai.
P/s;
Semoga ada kerajinan "satu hari nanti" untuk buat sendiri..

Gee® said...

Sedap tuh...sesuai sarapan dan minum petang... best!

Kak Rose said...

kaklong, sifu2 masak kat alam maya ni mmg hebat2... macam2 resepi kita boleh ikut dari idea dia orang...

Kak Rose said...

Yati, cuti, cucur panas2 dan makan ramai2 mmg wallaaa...

Kak Rose said...

shera haifa... first time dengar in 23 years... mesti kena cuba ni!

Kak Rose said...

ummiaisyah, masa nak masukkan tu sambil kepal2 gitu n golek2 masa goreng, jadila dia molat2!

Kak Rose said...

DZ, mmg sedap2 tau, lemak2 manis gitu!

Kak Rose said...

Nurzila, boleh la cuba yg version manis pulak kan....

Kak Rose said...

Suri, dah cuba ke belum...meh share kat sini lak

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Sham,
muga datang kerajinan untuk buat sendiri, boleh ejas apa yang kita suka kan...

Kak Rose said...

Gee, kak rose ni peminat cucur/cekodok, isi apa pun ttp jadi pebret... x kira masa!

nor310 said...

tq kak..dah buat,sedap