Selamat pagi isnin semua.... harap2 no monday's blue la.... dan semuanya kembali bertugas dengan hati yang ceria je.... mudah2an ya.... dan pagi ni kak rose dengan rasa ceria buat tat bunga ni.... mencuba acu yang beli ari tu.... tapi x de jem nenas belasah je dengan strawberry jam .... tengok CMG buat dengan jem tu cantik je.... tapi bila dapat kat kak rose yang keras tangan ni sememeh je jadinya.... apa kesah pada rupa (ni kes nak hiburkan hati sendirik sbb x dapat nak buat cantik2 macam sifu2 diluar sana) asalkan sedap.... yes another one yang melt in the mouth... macam bunga cina tu.... dan buat ni pun sbb nak pack anto ke KK bersama2 bunga cina dan segala mak nenek kerepek tu.....
resepinya sekali lagi kak rose amik dari rumah nor secubit garam tu.... atau boleh gak tengok kat rumah CMG nyer tat kelopak..... terima kasih bebenyak ya nor kak rose nak kongsikan resepinya kat sini.... sok raya leh wat lagi..... dan terima kasih juga sbb bagi detail ttg acu dan saiz paper cup tu... really appreciated!
TART NENAS
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak
jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli) (kak rose guna starwberry jam)
hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati. (kak rose lupa nak sapu ni... walhal mangkuk telo ni depan mata je.... bila yg mula dah x sapu terus malas nak sapukan pd yg seterusnya....)
Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..
10 comments:
lawo je nih...teringin gak nak rasa melt in mouth nih..ala ala...
Salam kak Rose nak ambik resepi sebab baru lepas buat jem nanas jer ni!!! Halal ya Kak....!Dah terasa melted kat molot dah ni!!!TQ ya!
izah, mai nak rasa ada 2, 3 biji lagi nih....
watie, tu la x de nenas belasah je strawberry jam tu... ni baru balik dari giant bli nenas... nak buat jem gak... x tau rajin dak.
teringin jg nak membuatnya..nampak menggiurkan kuih tu..
pn fizan, x rugi mencuba... cuam nak kena praktis lagi kasi cantik macam sifu2 tu punya.
salam k.rose, dah cantik tu.. nor pulak sronok tengok k.rose duk cuba resipi2 kukis nor.. alhamdulillah... :)
Nor, kak rose praktis2 untuk raya nanti... mudah2an menjadi...
wah rajin nye... dah buat biskut tuk raya... ni kalau jual msti laku ni...
tq 4 d resepi... nak try buat gak...
Bittersweet, buat sbb nak anto kat kawan di KK... nnti raya wat laen eh...tq jugak tuk tuan punya resepi tu...kak rose cuma panjangkan disini...
Post a Comment