Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 16, 2010

Agar2 milo/cokelat

ni kes x leh tengok orang buat cantik2 terus je teringin jugak nak cuba.... dan yang penting nak rasa..... bukak je dapur hana pepagi lagi dah nampak menda ni.... walaupun x de susu sejat gagahkan diri g cari dan balik terus buat..... dapat jugak merasa untuk berbuka posa ari ni.... seydap makan sejuk2.... tapi sungguhlah mencabar masa nak melapis tuh! maklumlah keras tangan dan kurengnya kesabaran.... jadilah herot merot dan tebal nipis je lapisan tu... apa pun macih pada ummi, CMG, nor dan hana yang sudi kongsi resepi nih.... kak rose nak mintak izin cnp kat sini yer.... (kak rose buat 1/2 je dari sukatan nih dan guna sepenuhnya serbuk koko)

Bahan-bahan
Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan ~k.nor guna agar2 serbuk 10gm
  • 1 3/4 cawan air (k.ummi letak hampir2 2 cawan) ~ k.nor letak 41/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula ~ k.nor letak 7sudu besar
  • 3/4 cawan serbuk Milo ~ k.nor gantikan dgn 1/3 cawan serbuk koko
Cara-Cara:-
  • Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo@coklat, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo@coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnti. Jangan sampai terlalu keras. walaupon dicakar, puding akan tertanggal juga. better ketika puding tgh goyang2. tuang dari tepi yer..


Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) ~ k.nor guna agar2 serbuk (10gm)
  • 1 1/2 cawan air (k.ummi lebihkan jadi 1 3/4 cawan)~ k.nor letak 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation ~ k.nor letak 1 1/2 cawan susu
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  • Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  • Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  • Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  • Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo@coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

6 comments:

leen hussain said...

kak rose...alahai sedapnyee lah nampak..nak2 tang cekelat tu..heee

Sari Yusa Ibrahim said...

sungguh menggetarkan dada.. hehe

Kak Rose said...

mmg sedap leen, bz memanjang ye, banyak tempahan tuk raya... murah rezki tu....

Kak Rose said...

sari, resepi dah ada tu.... cubalah. x mengecewakan.... nyaman je untuk bukak puasa.

K.Nor said...

wahhh k.rose dah buat ya.. sedap kan :) cantik gak tu

Kak Rose said...

ya nor, sedap n cantik gak... tq again.