Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 10, 2010

Badak berendam

ha.... ini bukan menu untuk bukak posa ya.... sebenarnya ni menu untuk tidak membazirkan santan yang dah terlebih beli.... nak simpan takut masam lak.... jadi puas mike nak wat apa dengan santan ni..... kebetulan inti kelapa belen wat ketayap tu ada lagi maka jadilah kuih badak berendam ni.... kenapa ya namanya sebegitu?.... agaknya memang padan kalau yang kak rose buat ni.... bulat besar2 macam badak!.... barulah sesuwai dengan namanya kan. kalau orang yang buat comel2 tu nak kasi nama apa ya? apa pun resepinya kak rose amik dari blog bro Rozzan yang sangat terra buat kek lapis tu... jeles nengok dia buat taw! mai tengok resepinya yang kak rose cnp je..... tima kasih ya brother Rozzan dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini....

Siapkan Inti Kelapa dan Kuahnya terlebih dahulu

Bahan Inti Kelapa
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara:
Masak gula melaka & gula pasir bersama air hingga gula larut. Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan digaul rata hingga inti pekat. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan Kuah
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.


Bahan Kulit
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)

1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)


Cara:
Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.


sesuai dengan namanya.... bolat besar2 macam badak.... badak berendam versi orang malas!

3 comments:

TopsyTurvyMum said...

Salam Ramadhan KRose:)

Tgk ni teringat My mum..ni kira menu wajib dia bulan puasa...at least seminggu sekali..
Nak try jugak buat sendiri nanti..

Kak Rose said...

ttm, ni kak rose jumpa resepi yg senang nyer... x yah kukus dng kuah tu... cam ni senang kan nak wat!

BAYZ ENTERPRISE said...

Ye laa... saya pun nak try... selama ni pandai makan je...