Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 25, 2010

Cendol jugak

Adei..... panasnya hari ni.... bepoloh2 den duk umah pung.... dan bila tengok sana sini ada cendol.... uishhhh tak tertahan sungguh.... semalam rumah hana, ari ni lak rumah izah, rumah kak hanilieza dan rumah nor secubit garam tu pulak dengan puding cendolnya.... semalam lagi dah teringin nak buat tapi kan semalam kak rose dah buat agar2 yang x menjadi tu, jadi cendol tu tangguh ke hari ni..... tengok rumah izah pulak yang guna tepung jagung jer... jadi apa lagi kak rose pun copy je ya.... timakasih pada cik puan semua yang tak kedekut nak share resepi tu....

CENDOL

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras-saya ganti tepung jagung
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur-tak letak
  • sedikit pewarna hijau (option)


  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

kak rose nyer jadi halus2 je sbb guna senduk yang kecik2 je lubang dia.... asalkan menjadi dan cantik dah pada mata kak rose la kan.... vangga gitu!

8 comments:

izahdaut said...

ngahahaa..kak rose..sah la hari ni hari cendol sedunia..ni buat gune tepung jagung jugak kak ye?

Kak Rose said...

yes! world's cendol day... ya sepenuhnya guna tepung jagung... ke ada campur sikit2? tengok izahnya cantik je.

ain said...

wahh..ramainya menyendol hari niii!!!

Kak Rose said...

ain, mari2 kak rose nak bukak gerai nih... laris agaknya bulan posa ni...

Yat Maria said...

kak...wahhhhh cendollll!!! ishhh kita minum cendol yg beli nyer ajer kak..haruskah ku buat nih...agak2 bila ya cendol day ni abis..1 ari jer kak?? hehe..melepas lah kita nak wat..

Kak Rose said...

yat, yg buar sendirik nyer lagi sedap tau... eh ari je ke hari cendol sedunia... tak pe leh je nak buat...sedapnya kalau ada ice yg sagat tuh!

Sally said...

boleh yer kalo tak letak air kapur tu ye..kak rose guna tepung jagung ok ya..kalo guna tepung pulut (yer ker..kena jenguk rumah Kak lieza lak)..x letak air kapur ok ker..emm rasa nak menyendol gak la..letak santan dan gula melaka best ni..tak suka mkn dengan air gula jer..huhu

Kak Rose said...

sally, kak rose guna tpg jagung sepenuhnya n x letak air kapur... jadi gak la... sedapnya... ada lagi nak wat buka ptg ni lak... nak? meh kak rose anto atas angin ya...mil kak rose pun suka makan ngan air gula je!