Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 9, 2010

Seri muka

selamat malam semua...... hah dah menjelang malam baru nak post entry kuih yang kak rose buat untuk minum petang tadi aka makan malam..... yalah lunch tadi dah pekena nasi kaw2 punya jadi malam ni makan kuih je dah cukup kan..... tapi kan x sempat nak sejuk betul dah kena potong tu yang jadi sememeh je.... pas tu pulak terbiar atas kukusan dan akhirnya wap menitik diatas seri muka yang dah hilang serinya tu.... berlubang2 macam jalan raya dah rosak je! tapi rasa tetap meletops gitu..... resepinya kak rose copy dari rumah hana lagi.... hana selalu sangat kak rose jikok resepimu.... mintak halal yo.... maklumlah ora iso arek gai dewe! (kak rose buat 1/2 je dari adunan ni....)

KUEH SERIMUKA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

4 comments:

Fiza Nordin said...

wah...loyangnye cantik kak...

Kak Rose said...

fiza, offer kat sogo ari tu...

Anonymous said...

Masha-Allah walah2 wenak temen njalok sitk!...saja gne bahasa jawa biar terasa kesedapan kuihnya wlu xdpt makan...

Kak Rose said...

Anon, yo rene jikok dewe yo, aneng jek atas meja... ojo isin2 nek arek mangan yo!