Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 23, 2021

Pulut santan durian

hmmm... puas dapat makan pulut dengan santan durian yang sangat sedap ni. dapat pulak durian yang isinya sangat manis dan tebal, makan pulak dengan kuah santan fresh memang sedap sangat lah... sepinggan cam ni memang tak cukup lah buat kak rose.. bertambah2 pulak jadinya..
jom kita buat pulut kukus dengan kuah santan dan durian fresh yang shoooshedappp ni.

Bahan-bahan 
Durian secukupnya

Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.


Sos Santan
Bahan bahan:
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung.  Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Boleh agak-agak kepekatan yang disukai. Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.

 

No comments: