Beli sepeket jer pun roti boom ni, tapi dalam tu ada 12 keping isinya... so makan pun berkali2 lah selagi tak habis kan... dan bila kehabisan roti dan malas nak keluar disebabkan pkp, boleh jugak makan untuk sarapan kan... dua keping sorang, boleh kenyang sampai menjelang petang.. sedap roti boom ni, lembut dan gebus bila dah reheat tu. sambil tu boleh lah kita tolong kawan2 yang berniaga kecil2an macam ni kan..sangat recommended untuk penjual ni, dia berjual kat pasar malam jer.
dan kak rose cuma buah kuah kari ayam tu.. seklai buat banyak jugak, pack masuk dalam bekas reheatable dan frozenkan. nak mkan just reheat je. mudah kan..
dan selagi tak habis... ulang lagi lah makan roti boom ni dan kari yang dah frozenkan tu...
kerja mudah buat apa nak susahkan diri kan... Alhamdulillah, kita tolong orang berjual, dia mudahkan kita tak perlu bersusah menguli doh dan menebar roti boom ni.. selain roti boom ni kak rose memang banyak beli kuih2 frozen dari penjual yang mostly berjualan dari rumah ke rumah... fridge pun penuh dengan stok frozen... muga dia orang semua dimudahkan dalam berjualan untuk menampung kehidupan seharian dalam masa genting dek kerana covid ni..hari ke 232 sejak PKP yang pertama, semuag cepat lah berlalu wabak bahaya ini!
No comments:
Post a Comment