Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 9, 2020

Kerabu suhun - Glass noodle salad

semasa menemani en suamni buat physio di KPJ, terbrowse lah ig en @mynameiskhairul ni.. memang ada terbaca kisah dia di fb, dan kini di ig pulak... tabik betul lah dengan dia ni... superdaddy betul2! kak rose suka sangat dengan semua menu yang disediakan dengan presentation yang sangat vouge, tipu lah kalau kata tah tergoda dengan masakan dia tu kan... jom cuba try yang ni dulu..
since ada beli udang, sebab dia punya resepi guna udang, kalau tak de boleh jer guna ayam, daging, sotong atau pun just plain macam tu jer pun boleh. dan bahan lain pun ada beli semasa balik dari sepital tu... moh ler kita beroperasi... terima kasih kongsikan resepinya ya..

Untuk hidangan 2-3 orang.

300gm suhun. Direndam atau dicelur sampai jernih (transparent).
6 ekor udang jika ada, dibersihkan dan dicelur 1 minit.
1 biji tomato diiris nipis.
½ batang carrot di mayang (julienne)
1 biji bawang besar dimayang
½ batang bunga kantan jika ada, dimayang.
1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci.
2 sudu kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2 sudu udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
3 sudu sos ikan.
1-2 sudu gula melaka.
1 sudu kecil garam.
1-2 biji limau nipis, diambil jusnya.
1-5 biji cili padi atau 1 biji cili merah dipotong.

Cara nak buat dia:

1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata.

Siapppppppp!

Haaa... kat bawah 👇 ni pinjam kata2 en khairul tu... tapi kak rose tak pandai nak hias lawo2 dan suhun tu pun tak jadi nak relai macam dia punya tu.... asik nak bergumpallll je 😔

Mudah yakmat kan?

Hidanglah lawa-lawa, baru semangat sikit nak makan. Potong hirisan timun, limau dan daun bawang untuk garnish. Taburkan serbuk cili dan juga bijan untuk bagi naik seri dia.

Suhun tu boleh jer nak ganti dengan bihun atau koew teow. Jangan ganti mee sudah lah. Namun kalau ada suhun paling bagus.

udang yang kak rose guna untuk kerabu ni...
 

1 comment:

Suria Amanda said...

Nampak sedap la Kak Rose...okey la tu presentation tu...menarik..kalau saya lagi ke laut agaknyaa