Bahan-bahan:-
3 biji kentang ( sagat halus ) ~ sagat kasar pun bleh
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
Serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
Cara:-
- Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula. Gaul sebati
- Panaskan minyak dan sudukan adunan. Goreng agak2 leper dan balik2kan. Tunggu sampai masak. Boleh diangkat dan siap..makan cicah sos thai sedapp
2 comments:
petang-petang hujan pulak tu memang layannnn :)
Elok betul kemenjadian dia tu ha.. hehe
Post a Comment