Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 23, 2019

Sambal sotong kembang

mencuba buat lagi...

mengaku tak pernah pandai buat sambal sotong kembang ni walaupun berkali2 baca resepi yang berlainan... dan rasa hati manyak suka lah kali ini, kiranya menjadilah sambal sotong kembang kali ini... terima kasih yang kongsikan resepi dan juga tips untuk sotong tetap jadi lembut lepas buat sambal tu..

Ikuti langkah ini, pasti sambal tumis sotong anda semakin enak nanti!

Cara-caranya:

1.Pilih sotong yang agak segar, cuci bersih.
2.Siapkan bahan untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong. Antaranya 4 batang serai, 2 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 inci lengkuas, 5 ulas bawang putih. Kesemua bahan tadi dipotong-potong. Letak sedikit garam.
3.Didihkan air hingga naik bau dah boleh masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak. Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4.Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang di bahagian atas si sotong.
5.Kemudian tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6.Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7.Seterusnya potong mengikut saiz yg anda suka. Kemudian cuci bersih. Toskan.

# Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong ini tak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.

No comments: