Bayam fresh dari kebun komuniti..
lama sangat tak makan sayur bayam macam ni... dan pokok sayur bayam fresh ni kak rose dapat dari kebun komuniti kat kawasan perumahan tempat kak rose berlenggang mak limah dipagi2 hari tu. sambil berbrisk walk sambil mata tengok kehijauan pokok2 tanaman yang segar merimbun hijau... dan pagi semalam kak rose berjumpa dengan tuan kebun tu... terima kasih Dato Kamaluddin yang bagi percuma jer sayur bayam ni.. lagi lah bertambah sedap sayur lemak bayam ni. tapi selalunya kak rose beli apa jer yang ada jual kat kebun komuniti ni... tolong kengkawan kan...
dan balik dari berbrisk walk tu terus siang sayur bayam ni dan masak lemak putih cam ni...tak perlu tunggu masak nasik, terus jer meratah sayur ni. Alhamdulillah, carving satisfied... walaupun cuma sayur kampung, tapi sangat teringin nak makan bila tengok pokok bayam yang hidup subur kat kebun tu..sekali lagi tq, dato k. semuga bertambah murah rezeki dan semua tanaman hidup subur dan berhasil.
2 comments:
mak aiii.....fresh nya bayam ni kak rose.
kalau kat supermarket pun susahnya nak dapat fresh macam ni :)
Bayam fresh tentulah sedap
Post a Comment