Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 5, 2019

Puding roti dan apple

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..
Semuga kita semua dalam rahmat dan ke redhaan Allah sentiasa.

 bila petang2 memang pening kepala nak sediakan juadah untuk minum petang.. dan kebetulan semalam balik dari kuliah pulak tu dengan hujan lebat dan angin jugak... perut pun keroncong mintak diisi..nasi memang tak de dalam senarai lah... so roti yang dah nak tamat riwayat dan dua biji apple yang dok diam dalam fridge ni boleh jadi penyelamat. jom buat puding roti apple ni...

 Bahan-bahannya  

* 4 keping roti
* 4 biji telur 
* 3/4 cawan susu segar
* 1/2 cawan gula perang (boleh kurangkan sikit jika tak suka manis)  
* 2 biji epal hijau dipotong dadu  
* 50 gram kacang pecan/walnut dicincang kasar (kak rose x de, gantikan ngan gajus)  
* secubit garam  
* sedikit butter  
* serbuk kayu manis

Cara-caranya
 
1- Pukul telur bersama susu,gula garam dan vanilla hingga gula hancur dan ketepikan.
2- Sapu butter pada ramekins hingga rata.Letakkan sekeping roti didalamnya
3- Tabur potongan apel dan pecan/walnut keatas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan keatas roti).
4- Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan pecan bagi lapisan kedua.Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh.Taburkan serbuk kayu manis keatasnya.
5- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit.(Boleh gunakan foil untuk menutup permukaan puding seteah separuh masa memasak jika takut pecan/walnut hangus.)
6- Gunakan lidi penyucuk untuk menyucuk bahagian tengah puding bagi memastikan puding masak sepenuhnya.
7- Biarkan puding sejuk sebentar.Puding boleh dipotong setelah agak suam bagi memastikan air dari epal tidak meleleh keluar.
Nota:Pudding ini juga boleh dikeluarkan secara sebiji dari acuannya setelah betul-betul sejuk .