Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 31, 2011

Ayam masak paprik

lauk untuk dinner kejap tadi.... satu lauk je, sbb dah suma taruh dalam, ayam n sayur2... kira 2 in one la kan..... x payah nak sediakan sayur bagai dah. senang keja orang malas ni.... yg penting sedap harum bau daun limau purut tu sangat mengundang rasa lapo! resepi ni kak rose amik dari Myr oleh mutiarazura. terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak... nampak macam banyak bahan yg digunakan tp semua bahan tu pasti ada disetiap dapur kan.... cuma sayur tu kak rose letak mana yg ada jer.... carrot, tomato n kacang buncis.

Bahan-bahan ( 5 org )
  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!
makan masa panas2 bersama nasi hangat.... hmmm sedap!

8 comments:

Sofea said...

sedap ni k.rose..mkn dgn nasi putih dan ikan goreng pun dh kira cukup..:)

cik cek said...

kak rose....sedapnya....mintak sikit....he he...

eina said...

feveret ank2 eina ni kak rose...

Kak Rose said...

sofea, kak rose makan ngan nasik... x de lauk lain dah...

Kak Rose said...

cik cek, dah abes dah... kena la wat sendirik ek!

Kak Rose said...

eina, kalau ada yg pebret kenalah wat sllu tu...

tun_telani said...

kak rose, ni mmg lauk feveret tun nih. kalau mkn kt kedai mesti pesan nasi goreng dan paprik ayam =)

tun dh nk bertolak pindah bintulu dh nih..

Kak Rose said...

Tun, len kali leh wat sendiri dah...

selamat berpindah dan berkemas semula... penat kan berpindah2 ni....