Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 18, 2011

Udang celup tepung

selamat malam.... eh udah pagi ya. tetiba tengok jam 0.05am dah... cepatnya masa berlalu kan.... k nak sharekan udang yang kak rose goreng ari ni, sedap dimakan gitu jer atau ciciah dengan cili sos. buat sendiri udang ni baru puas makan, ya lah kalau kat kedai tu derang charge punyalah mahal.... dasar kedekut punya kak rose kan! bukan gitu tp kalau kita leh buat sendiri dengan x payah spend banyak2 kan lebih menjimat kan.... ya x kawan?....

meh kita share resepinya yang kak rose amik sekali lagi dari rumah hana, tp dia punya cantik je x de kerepot2 cam kak rose punya udang ni.... x kisahlah asalkan dapat makan kan.... nduk hana macih sekali lagi ya.....dulu pernah wat gak kat sini.....

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus (kak rose x letak)
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - lebih kurang 1 cwn (hana guna air rebusan kulit udang)
  • minyak untuk mengoreng.

Cara-cara

  • Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan. >> hana tmbah serbuk lada sulah.
  • Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
  • Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.
montot udang.... macam cekodok je, buat tuk minum petang bersama teh o panas pun ok gak ni....

2 comments:

fara dean said...

assalammualaikum kak rose..
mlm2 tgk udang celup tepung..sedappnya!!
pastu scroll bwh nampak plak daging berlado..wallla..lapaqq jadinya!

Kak Rose said...

waalaikumsalam fara... sila la buat sendirik ya... sok dah bukak sekolah x sempat nak masak kan...