Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 22, 2011

Laksam

Asalamualaikum dan selamat petang semuanya….. hari ni kak rose lunch dengan laksam buatan sendiri! dengan bangganya tu mengaku buatan sendiri!. setelah 2 minggu without nasik mmg dari semalam dah rasa nak ponteng ari ni and carving for laksam ni sangatlah kuat sampai bila bangun pagi ni je terus cakap dengan abang nak wat laksam…. so first thing lepas mandi tu mestilah kejutkan pakcik google soh carikan resepi. dan resepi pertama yg kuor ni lah dia…. dari Yani di Myr… tengok response dan baca komen2 kat bawah tu mg mabeles lah… terus nak cuba guna resepi yg ni. dalam hujan ribut pun sanggup kekedai nak cari bahan2.... nasib baiklah semua nya dapat! mak ai… mahainya ikan kembung rm13.50/kg… agaknya ikan ni x de dalam kawalan harga ke? dan Alhamdulillah percubaan pertama ni terus menjadi. suker sangat2….. terima kasih Yani (selamat berpantang ya dik...) kerana share resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya….

dah ready untuk dingap...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
pelakun2 tambahan untuk laksam tu....

laksamnya... suker sangat sbb jadi dengan cantiknya... vangga gitu!

the gravy.... tp kenapa ek x putih? ke sbb lada hitam tu?
apa pun ia adalah sangat sedap!

38 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Ros I tabik u sebab buat laksam sendiri.Tiap-tiap minggu kita beli kat Restoran hassan.Kita nak buat tapi tak dok tudung peruik tu,sebab tu asyik tak jadi naak buat.hubby pun suka makan laksam.2 thumbs up la!

tun_telani said...

kak rose!! sy suka sgt5x makan laksam!!!!! sedapnyer.. masa zaman wat degree dulu penah gk try wat, mcm2 rupa jd nyer! ada yg lembik, ada kt keras smp pecah2 bila gulung.. kui kui.. pastu dh blk kg xyah buat, berlambak kt pasar. skrg dh duk sarawak kene rajin2 belajar wat lagi laa..
cantik je laksam kak rose. jeles rasa..

Bee said...

kak rose, rajinnya akak nih..saya bab nak melengat laksam tu alahai..bercintanya, kena tunggu mood betul2 baik baru leh buat..:), nak buat banyak ceritalah ye..tp makan laju je..nak2 org buatkan:D

Ziey said...

kak rose pandai la tu,,ziey kat klatan ni laksam tu bli yg dah siap,,kuah jer bt sdri..sedap nk rasa ikan lebih..anyway tahniah laksam tu menjadi..

Wattie said...

Assalamualaikum Rose,
menarik nampaknya laksam tu....sy tak pernah makan lagi...rasa macam laksa juga ker.....klu ada masa nak try la, tks for the recipe ya

K.Nor said...

sib baik smlm baru makan kalau tak mmg dah nak ngendeng yg k.rose punya laksam.. tp kalau nk bagi apasalahnya kan.. sedap laksam ni.. tak puas makan :)

Kak Rose said...

Ros, ni la 1st time cuba... suker sangat sbb menjadi n sedap. restoran hassan kat sek 15 tu ya?

Kak Rose said...

tun, insyaallah kalau ikut resepi ni mesti jadi...tp kena sauna kat dapur tu yg x tahan!

Kak Rose said...

Bee, bila bli mesti x puas ati sbb x kena dengan tekak kita tu yg gagah nak buat tu dan makan puas2..

Kak Rose said...

Ziey, untung ada yg dah siap tinggal nak siapkan kuah jer kan... mmg kalau bli sllu kuah tu cair je kan? tu yg x menepati selera kak rose... buat sendiri boh ikan banyak2, kasi kaw2 punya!

Kak Rose said...

Wattie, Waalaikumsalam, lain sbb kuah dia lemak2 gitu..sila lah cuba mana tau nnti suka pulak!

Mas Sani said...

Sedapnya tengok laksam kak rose ni :) puas makan kalau dpt masak sendiri kan? mintak izin share resepi ye :)

Bintangjauh said...

Salam Rose, setiap kali Ratna intai ke-blog Rose pasti ada hidangan baru, rajinnyaaaaaaa!!

Dan Ratna pasti rose pandai masak walaupun pertama kali mencubanya menjadi semua dan buatan masakan Rose begitu kemas dan bahan yang dipilih begitu teliti.
Bravo Rose, bukan saja indah mata memandang cara Rose display-kan hidangan masakan amat menarik selera lagi.

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Nor, nak ngendeng pun jauh x dapat nak antar... sedap dan makan mengulang2... sekali buat, biar makan sampai puas! pelahap kan?

Ayuni.Bitter said...

ish kak rose.. cantiknya taugeh. putih berseri!

Kak Rose said...

Mas, mmg puas hati. dan sangat suka sbb first try menjadi... resepinya kita share sama2 n tq jugak pada tuanpunya resepi tu..

Kak Rose said...

Ratna, masak simple2 jer... tp nak jugak tayang kat sini...tu yg hari2 ada menu baru.. hehehe

seklai lagi tq for the compliments... malu lak!
salam manis jugak buat Ratna yg jauh!

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Rose,
nampak sangat sedap...meh semangkuk...hihi

Kak Rose said...

Ayuni, taugeh tu pilih yg elok2 jer... nak enter frame lah katakan...banyak gak yg patah2 tu...

Kak Rose said...

Norul Mas Hana, mmg sedap... sendiri masak sendiri puji. kejikan?.. tima kasih pd tuan resepi... ada lagi nih!

eina said...

sedapnye kak rose...dah lama eina x makan...

Kak Rose said...

eina, dah ada resepi senang ni bolehlah mencuba...

Kak Nik Ja said...

setahu mokwo kalau nakkan kuah putih melepak , kena guna ikan selar...tapi kalau ikut rasa ikan tmban or ikan selayang lebih sedap
nyway..laksam tuh memang nampak chantique!!

faa.rosli said...

sangat sedap dipandang n kalo dpt mkn lagi laa sedapppp...

huuuuuuuuuuu

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Roseeeeeeeeeeee....uwaaaaaaaaaaaaa buat ayu rindu ka laksam mak kat kg...huk3.....mmm memang kuah santan tu sedap bila ada lada hitam...kami kat kg pun suke mkn ni n tambah extra belachaaaan....sedaaaaaaaap tu!!

Tumpang vangga2 sebab itu laksam jadiiiiii:)

Kak Rose said...

mokwo... ooo gitu ker.. kak rose guna ikan kembung jer.. laksam cantik sbb gurunya bagi ilmu yg betul... tq to Yani!

Kak Rose said...

faa rosli, kalau rajin buat le... otherwise g carik je kat kedai... mesti dapat makan!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Restoran hassan ayam kpg kat taipan USJ dan Putra Heights.Esok nak gi beli periuk la...sebab nak guna tudung dia wat laksam!

Kak Rose said...

Ayu, ni la first taim buat... sedap lak tu. jeles ya... nah kak rose anto bau je terbang ke Doha!

Kak Rose said...

Ros, pas ni laku la piok kat kedai tu.... laksam nyer pasal! hihihi..

fara dean said...

alamak!!
ada lagi x?
sedap sungguh melihatnya!
buat diriku tergoda!!

Kak Rose said...

fara, alamak, abeslah suda!
jika terguda, silalah mencuba
pasti tak sia2.

cik cek said...

Aduhai! teramatla rajin Kak Rose ni....cek tak pernah lagi buat Laksam ni....mesti leceh buat laksam tu kan....tabikla kak Rose...:-)

random said...

Hi,do you mind If i repost some of your food photos in my food blog?Of course I will credit the pictures with the link to your website.=)

Kak Rose said...

cik cek, nampak macam leceh, tp sebenarnya x jugak.... tu sbb nak makan lah.

Niza Romli said...

Ah sudah! tgh2 malam ni jengah dapor kak ros terus lapar. Terliur tengok laksam tu..isk..lama sgt tak mkn laksam...slrrpp..

Kak Rose said...

random, yes permission given but make sure with the credit to the owner n link this blog too. and may I have the link to ur food blog pls?

Kak Rose said...

Niza, abeslah sudah...nampaknya kena wat sendirik ya...